Author Archives: Khadeejah Hasmad

Cara Mula Menjual di Teachers Pay Teachers

Hari ini saya nak kongsi asas macam mana nak menjual di Teachers Pay Teachers (lepas ni kita panggil TPT)

Sebelum itu, sebagai pengenalan, apa tu TPT.

Nama dia Teachers Pay Teachers.

Cikgu-cikgu di negara US, Canada, Australia; kebanyakannya bila mengajar tak lah sebiji guna buku teks.

Sebabnya diorang tahu budak-budak perlu macam-macam cara belajar untuk faham subjek yang cikgu nak ajar.

Jadi kebanyakan diorang akan hasilkan bahan mengajar sendiri.

Contohnya Cikgu A mengajar matematik darjah 1. Dia hasilkan bahan mengajar dia.

Cikgu B pun mengajar matematik darjah 1. Dia pun hasilkan bahan mengajar dia.

Cikgu A kawan dengan Cikgu B.

Kadang tu Cikgu A rasa macam nak cuba guna bahan mengajar Cikgu B untuk ajar kelas dia.

Tapi takkan dia nak minta free. Dia tahu Cikgu B penat perah idea nak hasilkan bahan mengajar yang menarik.

Jadi dia pun bagitau kat Cikgu B, dia nak beli bahan mengajar Cikgu B sebab nak guna kat kelas dia.

Cikgu B kata ok dan bagi harga.

Teachers Pay Teachers ni konsepnya begitu lah.

Cikgu-cikgu saling berkongsi bahan mengajar masing-masing untuk dijual kepada cikgu-cikgu yang berminat nak guna.

Bukan cikgu pun boleh join sebagai pembeli atau penjual.

Rupa contoh printables atau bahan mengajar tu adalah macam bawah ni :

Slide21

Ini adalah ‘Camping Tracin pack’ yang saya buat untuk Ochee. Yang ni untuk jual, dan Alhamdulillah dah ada yang beli pun.

Hari ni saya nak kongsikan foundation macam mana nak mula jual dekat TPT ni.

3 Paling Asas Menjual di TPT

TPT ni bukan skim cepat kaya. It’s a long game.

Kalau kita belum biasa guna Canva/PowerPoint, bagi masa pada diri sendiri untuk master step pertama ni dulu.

Ok bawah ni 3 asas mula menjual dekat TPT.

Pertama sekali belajar buat bahan mengajar, atau diorang panggil printables.

Kat Malaysia kita panggil Worksheet atau bahan mengajar.

Kedua, kita akan belajar proses upload printables kita yang dah siap tadi ke TPT/Boom

Ketiga, kita akan market printables kita di Pinterest. Langkah ketiga ni takde pun takpe kalau awal-awal ni.

Kita buat betul-betul langkah pertama dan kedua, insya-Allah ada yang beli nanti. Langkah ketiga ni biasanya bila kita nak grow lebih besar.
Slide1

Langkah Pertama : Buat Printables

Ok, panjang nak cerita bab ni.

Saya buat flow ringkas kat bawah ni. Nanti saya terangkan lanjut.

Slide2

#1: Cara Cari Idea

Sebelum kita nak buat printables kita sendiri, mesti lah kita nak cari idea apa benda kita nak buat, kan?

Biasanya kat part ni lah paling mencabar sebab nak buat apa ni?

i – Cari di Pinterest

Biasanya saya akan cari idea di Pinterest.

Buka website Pinterest.

Contohnya kita nak cari aktiviti ajar budak belajar huruf.

Jadi taip letter activities for kids atau preschool. Ikut steps di bawah.
123

ii – Cari Idea Dengan Observe Apa Anak-anak Suka

Saya pun tak lah tahu sangat sistem sekolah US macam mana.

Tapi apa yang anak kita belajar, itu jugak lah yang diorang belajar.

Contoh macam budak besar Ochee nak belajar mengira, Ochee ni dia belajar berfasa.

Dia akan mula belajar mengira nombor 1 sampai 3 dulu.

Lama jugak nak pass kira sampai nombor 5.

Jadi saya pun buat lah printables khas untuk ajar budak mengira nombor 1 sampai 5 saja, contohnya mengira 1-5 with Turtle theme sebab baru beli si Tom.

Number sense 1 to 5 for preschool

Laku!

Apa saja masalah yang anak kita hadapi, ramai lagi budak lain pun hadapi.

Kalau macam budak besar Hajar pulak suka koyak-koyak dan suka main sticker.

Jadi saya buat Dot Sticker Activity. Hari tu buat sekali dengan Zahra Anas aktiviti bawah ni.

Slide6

Kerja dia tampal sticker bulat atas gambar tu.

Laku jugak Dot Sticker activity ni.

Tapi Dot Activity memang laku sebab diorang ada aktiviti menggunakan dot marker (kat Malaysia takde dot marker)

Paling senang dapatkan idea dengan observe anak kita suka buat apa. Adjust dari situ.

Tapi kalau takde idea, olah dari ilham dari Pinterest.

#2: PowerPoint atau Canva?

Untuk buat printables macam yang saya tunjuk kat atas tu, biasanya saya guna PowerPoint.

Tapi baru-baru ni saya guna Canva, rasa macam lebih mudah dan lebih cepat siap.

Boleh cuba play around dengan PowerPoint atau Canva untuk familiarize.

Untuk slide size, kita guna US Letter Size supaya senang diorang nak print.

Saiznya : 27.9 cm x 21.59 cm (lanscape) atau 21.59 cm x 27.9 cm (portrait)

Cara tukar slide size di Canva:

45678

#3.1 : Mana Nak Dapat Free Clipart

Untuk buat printables comel macam poster atas ni contohnya, kita perlukan gambar (ia dipanggil clipart) comel dan font comel.

Jaga keberkatan rezeki iaitu setiap bahan yang kita nak gunakan, pastikan diorang mention ‘is allowed for commercial purposes’

Maksud Commercial Purposes ni adalah benda commercial.

Printables yang kita buat untuk jual, itu di kira commercial purpose. Atau printables yang kita buat sebagai freebie untuk tarik orang masuk kedai kita, itu pun kira commercial purpose.

Juga jaga etika dan keberkatan iaitu bila diorang kata kena bagi kredit kat diorang jika kita guna gambar yang diorang buat, maka kita kena bagi kredit (ni nanti saya cerita lanjut)

P.s : Along the way kita akan jumpa Malaysians yang jual kat Shopee products dari TPT yang bukan dia punya. Ini unethical dan kita tak boleh tiru. Jaga keberkatan rezeki, jangan ciplak hasil kerja keras orang lain…

Sambungan:

Jadi mana nak dapat free clipart?

Masuk ke TPT.

Contohnya kita nak cari free summer clipart.

Di kotak Search, taip summer clipart.

1

Kemudian TPT akan memaparkan ribuan “Summer clipart”

Oleh kerana untuk bulan pertama ini kita nak cuba-cuba saja dulu, maka kita nak lah cari clipart yang percuma.

2

Untuk dapatkan carian yang memaparkan hanya clipart yang percuma, filter di bahagian price.

Scroll ke bawah dan akan nampak “Price”. Tick bahagian “free”

3

Pilih mana berkenan di hati.

4
Pastikan dalam description, tuan punya clipart allow penggunaan commercial atau allowed for commercial use.

Untuk dapatkan clipart tersebut, tekan butang download now macam gambar bawah ni.

Ia akan serta-merta di download ke dalam komputer kita.

Untitled design

#3.2 : Mana Nak Jumpa FREE FONT

Untuk cari Font pun sama macam cari clipart.

Apakah itu Font?

Font adalah rupa tulisan.

Kalau dalam Microsoft Words ada style tulisan nama Times New Roman, ada nama Arial.

Begitu lah juga dalam dunia TPT cikgu-cikgu ni.

Font ada beratus beribu yang comel yang pelbagai rupa.

Kenapa nak cari Font lain? Guna apa ada dalam PowerPoint atau Canva tak boleh ke?

Sebab biasanya di TPT banyak font comel. Font comel ni cikgu-cikgu suka sebab menarik perhatian budak-budak untuk belajar.

Untuk cari Font percuma, taip Free Font. Lepas tu akan keluar lah macam di bawah iaitu banyak free Font.

Sekali lagi pastikan pemilik Font benarkan kita guna font mereka untuk Commercial use. Kadang ada yang kasi guna untuk personal use saja – bila Commercial use, kena beli license. Elakkan dulu yang gitu sebab awal-awal ni kita nak semua free dulu.

Yang saya bulatkan kat bawah ni contoh dia bagi tahu siap-siap boleh guna untuk Commercial use. Ha boleh ambil takyah bayar apa-apa.

6

Yang kat bawah ni dalam Description yang saya buat arrow tu dia tulis ‘can be used for commercial purpose’, jadi boleh guna untuk printables kita.

7

Awal-awal ni kita guna semua benda free dulu.

Macam saya dulu masa mula pun takde lah beli sangat.

Dah ada duit untung dari TPT,  beli terus yang di jual Bundle.

Diorang ni biasa buat free sebagai nak tarik orang masuk kedai diorang. Dan biasanya Freebie diorang ni adalah macam sample kepada produk berbayar.

Kira kita cuba dulu. Kalau suka dan nak lagi, boleh beli yang versi berbayar.

Saya pun biasa buat macam ni.

Bersambung…

 


PayPal Income

A year before, its $0 masa saya baru buat bisnes ni.

Masa tu saya tengah bina blog, itu pun terkontang-kanting sikit. Syukur lah adacourse dan group support sangat buka mata.

(Saya guna duit Shaklee sebagai modal. Modal untuk beli font comel, beli gambar, beli course. Haha. Saya tak berani nak main guna je gambar kat internet, takut tak berkat.)

Today, ni adalah income May yang masuk semalam dari TPT dan Boom Cards (earlier this week)

Macam tak percaya it work!

Convert duit USD jadi RM, syukur Alhamdulillah.

Paypal June 2020

Duit ni untuk early settlement kereta BRV kitorang.

Insya-Allah bulan ni selesai BRV, next month punya kerja adalah untuk kumpul duit untuk 6-months Emergency Fund for family.

Untuk Oma/Aisyah kalau nak cuba mula benda ni, saya akan buat step-by-step dengan korang.

Sebabnya kalau terus jump in, agak mencabar jugak. Saya masa tahun pertama buat agak rasa lost sikit lah.

Step #1 – Minggu #1 : Boom Cards

Apa tu Boom Cards?

Klik sini. Korang boleh login via Facebook dan play sample preview.

Buat Boom Cards, tapi idea saya. Basically korang just tukar font atau nombor. Nampak simple, tapi kena praktis supaya kerja laju. Hasil jualan korang ambil lah sebab saya tak bagi gaji pun.

Korang juga akan buat Cover Boom Cards

Step #2 – Minggu #2 : Pinning

Buat PIN untuk semua Boom Cards korang. Pin ni kita akan Pin ke Pinterest.

Kalau orang Malaysia selalu iklan barang kat Facebook, tapi US Canada Australia, Pinterest sangat power.

Yang ini, korang akan tumpang Tailwind saya dulu.

Tailwind ni adalah scheduler.

Kalau kat Facebook, kita boleh jadualkan apa yang akan di pos hari ni, atau esok.

Pinterest pun boleh buat camtu. Kita guna Tailwind.

Sebab Tailwind ni berbayar, korang tumpang je saya punya dulu sampai korang dapat untung untuk bayar sendiri.

TPT

Platform TPT takat ni lebih masyuk bagi saya.

Tapi leceh mau belajar. So nanti lah lepas korang power dah buat Boom Cards dan Pin, saya ajar pasal TPT.

Strategi

Dekat US, setiap bulan adalah berbeza.

Contoh macam sekarang bulan Jun. Jun adalah musim panas.

Sekolah kat sana akan habis dan cuti dari Jun sampai Ogos.

Biasanya bulan Jun dan Julai, jualan expected menurun.

Tapi bulan Jun Julai ni lah kita kena ready buat dan publish beberapa produk. Sebabnya lepas publish, kita nak kena Pin diorang ni kat Pinterest.

Pin pulak biasanya ambil masa 1-2 bulan untuk nampak hasil gempak.

Jadi Jun dan Julai adalah bulan untuk kita buat produk bertemakan :

  • Back to School (kalau sekolah Malaysia mula sekolah bulan Januari, diorang kat sana mula sekolah bulan Ogos)
  • Fall (musim luruh)
  • Winter (musim sejuk)

Nak buat apa, macam mana semua tu, untuk bulan pertama ni saya akan bagi idea, korang just duplicate je.

Nanti masuk Ogos, bila produk korang tolong buat tu ada orang beli, saya bank in kat korang hasil jualan tu lepas TPT dan Boom bayar kat saya.

Pada masa yang sama, kalau korang nak buka ‘kedai’ sendiri, its better. Cumanya elok korang menumpang dulu kat saya untuk tengok sama ada korang nak teruskan atau tak.


Side Business Baru

Post ni saya tulis untuk Mak Kets dan tatapan anak-anak. Saja tak tulis dekat blog .com supaya kawan-kawan sana tak jumpa. Haha.

Boleh scroll ke bawah ke Langkah Pertama kalau malas baca bebelan bawah ni.

Saya mula side business baru ni sebab saya serabut dah dengan bisnes-bisnes sebelum ni.

Saya tak suka deal with people yang tanya macam-macam last-last tak beli. Dan macam-macam perangai.

Stress.

Bila saya stress, anak-anak kena tempias.

Dan bila saya hadap handphone sebab nak kena reply prospek dan follow up customer, seriously kesian anak-anak.

Lepas Hajar lahir, saya tiba-tiba tersentak sebab perasan betapa sikitnya masa berkualiti saya luangkan dengan anak-anak.

Saya tak pernah serius ajar diorang.

Hikmah kelahiran dak Hajar.

Dari situ saya cuba cari aktiviti untuk buat dengan anak-anak.

Cerita panjang dipendekkan, Allah temukan saya dengan Viviana, salah seorang blogger yang saya subscribe email dia.

Cerita panjang dipendekkan lagi, saya beli course dia untuk belajar macam mana buat side income niche pendidikan atau lebih spesifik kita guna printables.

Cerita panjang dipendekkan lagi sekali, tahun pertama boleh kata kerja saya adalah bukan buat duit, tapi bina ‘fan base’ iaitu bina blog dipenuhi dengan aktiviti percuma dan kumpul email.

Aktiviti percuma ni mat saleh panggil freebie.

This is a long game, bukan skim cepat kaya. Dan kita akan lebih motivated buat bila sebab utama kita buat adalah untuk kasi anak-anak kita sendiri, bukan untuk side income.

Mula lebih kurang July 2019 kot saya mula baru start serius dengan Teachers Pay Teachers (TPT)dan mula dapat jualan dari situ.

Sikit demi sikit saya isi store TPT saya dan alhamdulillah jualan bertambah dari bulan ke bulan.

Bisnes yang saya buat ni macam ni tau :

  1. Saya buat aktiviti untuk Ochee dan Adik. Contohnya dekat sini.
  2. Untuk tahun pertama, saya bagi free kerja saya dekat blog.
  3. Untuk 2020, saya buat aktiviti yang ada banyak sikit muka surat dan upload dekat Teachers Pay Teachers untuk di jual.
  4. Ada lah tips-tips nak kasi macam mana orang jumpa produk kita – cerita next nanti.
  5. So bila orang masuk Teachers Pay Teachers dan cari sekian sekian produk, pastu jumpa produk saya, dan berkenan nak beli, dia just terus bank in
  6. Haaa tak yah nak message ke whatsapp bagai
  7. Memang tenang hidup

Saya suka sangat side business kali ni sebab benda yang kita buat untuk ajar anak-anak sendiri, benda tu kita pun boleh jual dapat duit.

Duit pulak bukan RM, tapi USD. Bila convert ke RM memang Alhamdulillah berganda.

Untuk permulaan, kalau Aisyah nak cuba, boleh buat free account kat Teachers Pay Teachers tu. Takyah bayar dulu annual fee dia.

Sumorang yang baru start biasanya tunggu ada jualan baru diorang commit.

Lepas buat free account –

Langkah Pertama : Create a Printable

  1. Decide nak buat printable apa. Boleh dapatkan idea dari blog saya.
  2. Bukak PowerPoint. Set Design Size slide ikut US Letter Size (supaya diorang senang nak print) iaitu 21.6cm x 27.9cm (portrait) atau 27.9cm x 26cm (landscape)
  3. Cari clipart yang berkenan di TPT. Contohnya dari Creative Clipart, Educlips, Rainbow Sprinkle, Scrappin Doodle
  4. Buat printables – MESTI WAJIB ada Terms of Use – tiru je saya punya. Juga WAJIB ada credit to clipartist – pun tiru je saya punya
  5. MESTI WAJIB flatten kan printable ni supaya orang yang beli atau download printable Aisyah, diorang tak boleh curi gambar/clipart. Caranya :
    • PowerPoint yang dah siap tadi, save as PDF
    • PDF tu upload kat website free ni :  https://www.pdf2go.com/protect-pdf
    • Dekat situ, tick kat box Prevent Copying dan box Prevent Modifying
    • Letak password bawah tu
    • Tekan butang hijau Start
    • Nanti website tu akan flatten kan PDF KITA
    • Dah siap beberapa saat, boleh tekan Download untuk download PDF kita yang secured and flatten tadi
  6. Upload dekat blogspot mana-mana. Blogspot free. Nanti saya check boleh tak saya download etc.

Kalau dah siap Langkah Pertama ni, baru saya ajar next step.

Have fun & All the best!


We are moving to blogspot.com

Bismillah wa Alhamdulillah

Kami akan move out to blogspot! Haha. Sebab apa? Sebab wordpress tak cool~ Antara contoh ke tak cool’ an wordpress adelah:

 

  • tak boleh insert link yg ada perkataan everydayonsales- nanti automatik blog kite akan di suspend
  • tak boleh add ape2 pun jenis ads. kalau nak juge letak free, kena split 50-50 ngan wordpress T___T
  • tak boleh insert video dari facebook. youtube boleh, google boleh, tp facebook yg org meluas guna ni, tak boleh pulak
  • dah la nk import pun satu hal- kami import entry satu-satu secara manual T______T

 

kesimpulannye, sebelum ter encounter lagi mnde2 yg pelik2, lebih baik kami move out semula ke blogspot. Huhu. Oh kami tak de plan nak .com lagi. Updet blog pun jarang2 😛  Tengoklah 10 tahun akan datang ke. Hehe.

Jemput semua ke blogspot kami di www.diaryofmuhammad.blogspot.com 😀


Ulat Buku

Bismillah wa Alhamdulillah.

Wahhh, pesta buku is coming near!! 😀

End of April banyak event menarik kat KL~ kenape KL jauh sangat ye, bile ECER nk siap so that pi balik kerteh-kl wont take 5 -6 hours~~

sorry tak  join alumni UTP ziarah UTP on 22 April..

😀

April ni ada macam2 event..

Continue reading


Muhammad’s Eye- Hand Coordination

Subhanallah, dh  lama tak menulis di blog. Ingat nak tulis pasal vaccine, tapi belum habis2 lagi study.

Hari ni, nk cerita pasal Muhammad dh berjaya achieve great eye- hand coordination control! Bagi seorang bayi, it is a huge thing, ok. Ape tu eye- hand coordination? Ability baby utk control tangan dia. Before ni, baby tak tahu pun dia ada tgn, so tgn baby adalah x aktif mana. Bila dia dh tahu dia ada tgn, tgn dia mula pukul sana sini, but dia blm reti control sepenuhnye.


Continue reading


Stem Cell

Mase pregnant, we used to terjumpe dgn byk brochure stem cell company. Briefly tahu lah ape kepentingan stem cell, tp tak de lah rase cam ‘ohhhh nk kena subscribe ni!’. But tetibe satu hari mase cek – up bulanan, ternampak brochure yg lain dari yg lain. Hehe. Brochure tu nmpk lebih childish, babyish, more frenly. And I picked up the brochure sbb nampak menarik. Kuasa brochure design~~


Tak sangka lak agent company tu tgh dok borak ngan nurse2 berdekatan. Trus agent tu asked me if I’d like to listen for her explanation ttg the company. Tak perlu sucscribe kalau tak mahu, just listen je dia nk citer apa. Hehe. Pandai agent ni. And at last we agreed to subscribe with the company. We didn’t do much study masa tu, agent tu sgt pandai convince 😛 Hohoho.


Mase tu company tu tgh on promotion, bygkan, we only need to pay RM 3K++ (company lain kna byr 5k++ ok~) and dpt stroller combi pulak as free gift! Plus, takyah bayar annual fee sampai umur Muhammad 21 tahun! Huhu, sape tak kelabu mate kan 😉

Continue reading


3-months Muhammad

Bismillah wa Alhamdulillah.

Kalau kira ikut bulan islam, Muhammad dah more or less 3 bulan 20 hari. Kiraan sebulan 30 days. Tapi kalau ikut kalender Masihi, Muhammad dh more or less 3 bulan 15 hari.

 

@Mutiara Johor Bharu

 

What has he achieved? Lots 😀 But I’d rather let him enjoy his babyhood rather than rushing him to achieve sumthing.A well rounded child derived from a contented childhood 😉

Continue reading


Saya Mahu Tunjuk Ajar Pn Halimahton dari Learnerade.com

Saya mahu Muhammad menjadi sehebat Muhammad Al-Fateh, menjadi ketua negara dan mampu menakluk negara besar pada usia  remaja. Saya juga mahu Muhammad menjadi pemimpin negara sehebat Umar Abdul Aziz, di mana semua rakyat nya menikmati kemakmuran dan hasil negara. Sehingga kan  tiada rakyat lagi yang layak untuk menerima zakat. Saya mahu permata hati saya mempunyai akhlak yang sempurna, sesempurna yang mulia Muhammad s.a.w, kelembutan dan sikap berlemah lembut dengan semua manusia dan haiwan, yang membuatkan seisi dunia menangisi pemergiannya tatkala dia menghembus nafas terakhir.

Continue reading


Solat Sambil Dukung Baby

Bismillah wa Alhamdulillah

Alhamdulillah sy dh able to solat sambil dukung Muhammad better 😀 how I learnt? Got it bila gugel ‘solat sambil dukung baby’. Memule baca website kak along, tp akak ni punye cm best cket sbb ada gambar. Hehe.

Forum al-fikrah.net yg bincang ttg solat dukung anak, klik sini.

Continue reading