The Birth Story of Muhammad via Hypnobirth

This real -life story adalah sbg memories of the birth of our first child, & most importantly remind me how to give birth, nx time 😀
***********************************************************************************************************
We first took pregnancy test when I was due one day from my period. Hehe. Punya xsabar. Ingat lagi, cek kat KLCC with hubby using clear blue pregnancy test. Memang sgt clear. Later we went to twin tower medical centre to confirm the result, and to get referral letter for O&G. we asked for letter for Dr. Seri from PCMC. Tapi pastu call PCMC, kalau nk jumpa Dr Seri, kene tunggu lagi 3 minggu. Oleh krane malas nk tunggu n tak sabar2 nak scan baby, we made 2nd visit to klinik nik isahak untuk referral letter to Dr Habibah kat Pusrawi. Kat klinik nik isahak dia tlg scan kan, nampak ada very tiny circle like, mcm tergantung2. Huhu. Sgt excited. 

The nite before jumpa Dr. Habibah, suddenly saye rase sakit perut yg teramat. I’m pretty sure ia bukan kerana im starving. Risau sangat masa tu. Nx morning ms our first appointmt ngan Dr. , saya btau Dr psl sakit perut tu, dia scan. Scan biasa, tak nampak pape dalam perut. Oh, saye dah start risau sgt. Then dia scan ikut lain lak, using scanner yg bentuk silinder, masuk to my vagina. Astaghfirullah….. masa tu rasa sakit teramat!! Dia godek2 scanner tu, sampai mengalir airmata, rasa nak menjerit je. Nak pegang hubby, tp Dr. tak kasi hubby tengok. Alhamdulillah later nampak ada baby’s existence dlm perut, tak ingat pasal apa sakit perut, tapi dia ada la kasi ubat and minta nx week nya dtg lagi utk tgk progress.
Sejak dari pengalaman sakit di scan tru vagina tu, saye memang seram nak bersalin. Dalam kepala dok pk, itu baru sikit, dah rasa macam nak mati. Macam mana la bersalin nanti T_T
Dalam bulan june, kakak ipar bersalin. Masa tu I was 3 or 4 months pregnant. Kalau ikut cerita, air ketuban kakak pecah, then bukaan dah sampai 2 cm. pastu Dr induce kakak untuk kasi baby kluar cepat. Masa we visited kakak kat klinik, tengok dia menahan 2cm tu, sangat azab dan menakutkan. Subhanallah… memang bertambah takut ler saye. End up after 24hours baby tak kluar juge, kakak bersalin secara c-sec.
Mak mertua citer dulu2 dia bersalin, Alhamdulillah sume normal. Dia ada amek course Lamaze, Birth without fear. Cara mak mertua citer, macam impossible je- bersalin tanpa takut, sbb tak pernah lg dgr org ckp bersalin tu relax. But then start dari ctu la, saye mule gugel2 ‘birth without fear’. Banyak sgt info. Oh rupenya birth in relaxation mode wujud lama dah. Mcm org kg yg bersalin kat kg, itu relaxation mode juge 😉
Tengah syok2 surf, tetibe terjumpe hypnobirthing.com.my.  Bagai tak percaya, eh course ni ada kat Malaysia??? Biar benar! Kat shah alam lak tu. So I tried to contact the practitioner, eh, dia reply! Huhu. Pastu ajak hubby pi dgn bersungguh2 sbb penakut nak bersalin. Syukur hubby agree. Sebab tgk kakak in such pain masa nak bersalin, kami seek for course yg mnjanjikan kurang sakit. Huhu.  Masa tu tak kesah harga course. Alaaaa masa tu saye pun keje, deposit pn dia minta tak byk. So affordable la. Kalau skarang punya harga.. adeih, mau nya pk 2 3 kali
Baby’s due 9th dec 2010. Tapi sebab mak bersalin anak sulung awl 2 minggu, so sy expect sy pun akn bersalin anak sulung awl. Masa raya haji, I am in 37th week pregnancy, kira baby kalau nak kluar masa tu dah ok dah, baby dah matured. We really hoped baby kluar masa raya haji or sehari after raya haji. Hubby tak byk cuti at that time.
But tunggu punya tunggu, nak dkt habis dah cuti raya haji yg panjang itu… hubby ada trening kat kl hari isnin, so we had additional 2 days hubby berada di kl – ahad & isnin. Hari ahad tu, kami decided to do natural induction via walking. We walked at tasik shah alam dari kol 10++ Tasik shah alam besar, ada dua part. Tapi kami berjalan kat satu part je la, itu pun dah letih teramat. Dah la masa tu matahari mula naik. Bayangkan saya yg sarat berjalan2, I can’t walk like other people. I took one step very slowly at one time T_T
Bila balik dari tasik, takde lagi tanda baby nak kluar. I was getting depressed. Sedih tau if nak bersalin hubby takde. Fruuussssttt sgt. Tapi takpelah, pasrah je lah. Nak wat cene. Dah takde mase lagi nk berjalan2, esok hubby trening pastu balik kerteh..
Esoknya isnin, hubby pi trening.
Tengah hari tu, mak n apak kluar. Saye surf tenet. Tetibe rase sakit pinggang sbb lama sangat duduk. So, sy pun walk about ke dapur. Sembang2 ngan adik yg masak lunch, adik yg jemur baju. SMS2  hubby. Tetibe, ada air leak!! Then only I realized ia adalah air ketuban! Mak pernah btau., air ketuban tu rasanya cam darah period. Dia keluar tak dpt di kawal, tapi dia air. Ohhhhhhhhhh sangat excited masa tu. Syukur sbb nanti hubby will be with me mase deliver baby 😀
My sisters mula panic. Lebih panic sebab sy tamaw btau mak yet. Sy just risau if btau mak, nnti mak suh pi spital. Nnti kalau sampai spital awl sgt, doc induce sbb air ketuban dah pecah. So I just btau hubby. Nak hubby yg hantar pi spital. Untuk pastikan keadaan baby terkawal, saye perlu minum air byk2 to replenish the air ketuban.
Tp tetibe, azan zohor berkumandang. Adeih, tak tahu la if air ketuban pecah, boleh solat ke tak… terpaksa juga call mak utk tanya. As expected, mak suruh cpt2 solat n siap pi spital. Then, plan changed, hubby jumpe kat spital nnti…
Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tak rasa pape sakit surge. Sekadar sakit pinggang. Sakit pinggang, kalau dlm kereta boleh dikurangkan dengan cara duduk menegak atau lapik punggung dan badan belakang dengan alas seperti bantal. Memang sgt lega lah. Sampai kat hospital, mak requested wheelchair. But actually, kalau kite sakit pinggang, it is more relieving if we are allowed to walk more. Mmg berjalan melegakan sakit pinggang.
Oleh krane air ketuban dah pecah, saye terpaksa la masuk labor room. Padahal tak rasa pape surge lagi. Memula mak teman sementare tunggu hubby sampai. Alhamdulillah apak blikn lunch, mmg sgt pnting ibu yg nk bersalin ni makan sebyk mana yg boleh utk bekalan tenaga masa surge and to deliver baby nanti. Then nurse cek bukaan, oh dah 3cm! Saye sangat impressed with myself sbb dh 3cm tp tak rasa sakit, I managed to go tru 3 cm!! 😀
Alhamdulillah masa nurse seluk to check the opening, tak rasa sakit. Tricknya, masa nurse seluk, tarik nafas dalam2 and RELAX! Relax means, don’t even think about nurse nak seluk, just smile and wat cm bese je. Bila kita relax, vaginal muscle akan relax dan terbuka sendiri. So nurse takyah susah2 paksa jari dia masuk dlm vaginal muscle which later buat kita rasa sakit. Kalau nak prektis time pregnen, minte tolong hubby buat perineal massage. Insya-Allah the massage helped a lot masa kes seluk-menyeluk, and masa baby nak kluar.
Bila Dr sampai, dia cek bukaan to verify. Then dia nak induce. Mase tu hubby blum smpai lagi, terpaksa lah akur pd cadangan Dr sambil dlm hati sangat berharap hubby cepat2 sampai.
Masa nurse start prepare2 drip utk pitocin induction, Alhamdulillah hubby sampai!! 😀 trus mengadu kat hubby. Hehe. Hubby cek2 memule dia gantung pack air garam, ok lagi. Then, eh, ada pack pitocin. Trus hubby minta nurse cancel masa tu jugak. Walaupun dah cucuk tiub drip kat tangan. Huhu. Then nurse kate, kalau nak cancel, Dr minta hubby tulis statement ckp hubby decline for induction. Oh kami tak kisah~ 😛 Alhamdulillah pastu tak jadi induce.
Later I asked them to remove the drip tube. Sebab ia sungguh tak menyelesakan. Nurse memule refuse sambil ckp ‘awk ni suke kena cucuk byk kali ke.’ Ohhhh, macam la saye akn minte pape after this~ Nurse then leave us sambil ckp, kalau dpt tahan, tahan la. Sakit tau sakit nk bersalin ni. Layan jela~
Petang tu Dr masuk lg, dia btau dia dh nak balik. Kalau induce tadi2, maybe saye dah bersalin. Tapi sbb saye tamaw induce, takpe la, leh wat natural induction dgn cara berjalan2. So Dr lain lah yg akan ganti dia untuk sambut baby nnti. We really need a Dr mase baby delivery to collect our baby’s stem cell right after baby kluar perut.
Mengapa saye tak mahu sangat kena induce? Sebab:

* Saye tak mahu pakse baby kluar kalau belum sampai masa
* Mak dulu kena induce ms bsalin yayam, dia citer lepas kena induce, baby mengamuk2 dlm  perut. Memang   sakit.

* Tak semestinya org yg kena induce ni cepat bersalin. Dlm kelas hypnobirth, dia citer, bila kite nak bersalin, surge berlaku. Which include cervix compressed, then cervix dilate which lead to bukaan cervix akn terbuka sikit.  Aktiviti ni berterusan untuk help baby keluar. Untuk artificial induction, pitocin hanya help cervix untuk compressed, tak gerenti cervix akn dilate utk terbuka sbb cervix kena paksa utk compressed

* Kalau tak bernasib baik, lepas induce, tunggu smpai 24 hours in pain, then kena c-sec. Huh
* I want to focus to intensity level yg I’d encounter. Let me experience the natural birth! Tgh confident ni 😀
At about 4-5 pm, surge start 5 mins apart. Masa tu baru lah merasa surge. Bukan sakit pinggang lagi. Haha. Setiap surge, I took deep breath, sambil genggam tangan hubby kuat2. Kalau hubby tgh solat, genggam je la cadar katil. Huhu. Tp tgn hubby jugak best 😛 Lepas habis je surge, I breath out. Masa tu baru la realize betapa pentingnya practice tarik nafas dalam2 se lama yg mungkin. Tarik nafas ye, bukan tahan nafas. It also really ease and help me to relax mase surge. Tapi hubby la kesian, tangan dia kena press 😛
From my experience., childbirth ni mmg sgt memerlukan privacy. Saye sangat perlukan situasi yg quiet. Kalau hp berbunyi sikit pun saye dah boleh hilang focus.  Even hubby pn tak byk bercakap. Kenot kenot even slightest sound. Huu..syukur mase tu kami ditinggalkan berdua je.
Then rase cam, eh why not kite jenjalan jap kat level labor room ni. Tapi kami dapat jalan 2 round je la, pastu I cant managed to walk enimore.  Bile masuk bilik, rasa cam nk terbuang air besar. Tapi tak kluar pun. Later I learnt, ini lah masa nya I shud start breathing out my baby~
At that time, I tot’ kenapa masa berjalan dengan sangat pantas, saye semacam sedikit enjoy with this surge breathing. Rasa sejam dua tu cam seminit dua je~ I wish and I believe I can hold until midnite.   Huhu. Seriously, masa terasa berlalu teramat pantas. Sedar2 dah kol 6++ ? masa tu im pretty sure im already fully dilate sbb surge dh 1 min apart. Hubby cek tgk, dia kata mmg nampak terbuka dah. Dia nak panggil nurse, but I refused. Tamaw nurse seluk. And I am not ready to deliver baby. Uhuhuhuhu. Sebab masih tak caye, betul ke dh nk jadi IBU!!  ni?
After maghrib, nurse came in to check bukaan cervix. They confirmed that im already fully dilated. Then they call Dr ganti. Dr ganti sampai dlm kol 830++ kalau tak salah. Things getting tense when lepas je nurse call doctor, group of nurse masuk bilik secara beramai2 tiba2! And preparing entah apa2. Plus one of them pasang tiub gas, then offer it to me. I declined instantly. Syukur then hubby pn tlg btau kat nurse, we don’t need any painkiller. Perihal Dr, yg tak bestnya, she stood in front of vagina opening sambil tanya, ‘bila nak bersalin ni?’ Bertambah la stress~
All of the nurses just stood in the labor room sambil bg instruction tah hape2. Internally, I began to lose focus. Semasa nak bersalin, stress adalah amat tidak baik utk ibu. Sebabnya, mula lah kita lost focus utk control the surge. Kalau dh start lost focus, start la rasa tense yg tahap takleh dikawal.
Mak came in later at about 9pm rasanya, she recited do’a nabi yunus at my ear. I followed dlm hati sebab kalau kluar suara nnti tense bertambah tinggi in my body. Uhuhu. Suara seorang ibu mmg soothing. Then mak kluar. Hubby still by my side. Tapi sebab suasana terlalu tense dlm bilik, I lost focus from hubby’s soothing voice.
Ramai org dlm labor room = tension kepada ibu bersalin. Di nasihati, untuk kebaikan ibu bersalin, hanya ada hubby/ mak, a doctor and one nurse sahaja! Ini bukan pembedahan yg perlukan ramai doctor’s assistant, ini perkara melahirkan seorang insan. It shud be private and relaxing without any instruction!
Alhamdulillah later nurse tua or we called her ‘mak bidan’ came in. instead of giving instruction, dia stay quiet, but helped me go tru. Derang nak jugak sy bersalin masa tu. Tamaw tunggu until midnite~ mak bidan tu slowly betulkan kedudukan baby dlm perut. When surge comes in, I breath in deeply, after surge, I tried to push out dgn sgt kuat sambil mak bidan tolong push kan skali baby tu. Later I only listen to her voice. Huhu.
Oh until now I regretted that I push my baby, itu yg rase nk bersalin lg blh x? I shud’ve not push the baby out, but I should Breath the baby out. Breathing the baby out will take more time, tapi it is safer & more relax. Vagina tak koyak, and takde possibility baby lemas. Ada gak hubby reminded me, when I push the baby out, baby tak dpt oxygen semasa nak kluar dari perut.
Sebab keadaan tense ngan Dr and nurses, I tried to push dgn tak relanya. Dr nak buat episiotomy, we refused. Syukur teramat syukur hubby ada bersama, he declined episiotomy.  I knew, when I started to push, sah2 my vagina akan koyak.    Tapi compared episiotomy and natural tear, we better opted for natural tear. Mmg nurse sume kate kalau buat episiotomy, sng kluar, tp ekceli episiotomy byk keburukan (blh gugel current research); i.e lambat heal and lebih sakit compared to natural tear.
Memang natural birth betul la. Huhu.
Lama juga push, then Alhamdulillah baby comes out at 946pm 😀 I saw the whole event consciously! Cuma tak pakai spec so tak nmpak clear sgt. Perasaan masa baby kluar? Happy tak terkata! Tak sangka perasaan mcm tu. Hilang sume letih, tension ngan nurses and doctor. sempat lg remind doctor and nurse untuk collect stem cell. Stem cell ni kene cepat2 collect before tali pusat baby dipotong.
Bila baby kluar, hubby azankan 😀 then mak bidan and hubby mandi kan and bersihkan dia.
I had second degree tear, masa nk jahit br I allow nurse to dab me with painkiller. Huhu. That was the first painkiller I took in the labor room 😀 Sambil2 doctor jahit, sambil2 dia lecture apsal tamaw wat episiotomy!!  Nak aje menjawab kat ctu, tp risau kang dia sabotaj lak wat salah jahit, saye jugak yg susah nnti, jadi, layan kan aje 😛 huhu.
Alhmdulillah my tear heal within 2 weeks; and I did not take painkiller pill at all 😀 sbb tak rasa sakit kat tmpat jahitan and sbb hubby ckp kalau amik painkiller luka lmbat sembuh. I just dabbed it with iodine.
Oh pastu hubby n mak bidan bw masuk baby in the labor room. Mak pun masuk skali. At first mak cam in doubt whether saye larat lagi ke nak breastfeed sebab br je lepas bersalin, but I assure her that I still feel energetic, takde pape pun. Lepas tahnik, mak & mak bidan helped me to breastfeed & letak baby kat my breast. Ten baby latched on like a pro 😀 sungguh bahagia tengok baby breastfeed sucking vigorously. Tak sangka indah perasaan tu. Huhu.
Alhamdulillah I am able to enjoy the first 24 hours with my baby without rasa letih, sakit2, etc. without any drugs assistance! Kami dibenarkan utk tdo with our precious baby that nite, alhmdulillah 😀 But I cant sleep even for one second, smpai ke pagi!! sebab excited sangat cm tak caye je dh ada baby. Baby tu cuteeeee sgt. When he looked at me while breastfeed. Sungguh bahagia. I watched him sleeping, peluk aja baby tu tak lepas2. Huhuhuhu. Alhamdulillah hospital ni breastfeeding frenly and encourage rooming in.
Alhmdulillah juga jaundice baby dlm range normal, so tak perlu tahan kat hospital. Sy je kna tahan sbb ttiba demam- which later we discovered demam sbb makan buah pisang n betik. Penangannya mmg dahsyat- menggigil satu badan… mmg kena jaga pantang2 ni..
Nx baby, I wish to do homebirth je la. With the assistance of mak bidan.  Takde stress2~
How hypnobirth works with me:
Preparation ms pregnant sgt2 penting. Bayangkn bersalin tu mcm masuk exam hall. So preparation tu mcm study n wat revision dgn bersungguh2 b4 masuk exam hall. Hanya org well prepared je confident utk masuk exam hall.
Peranan hubby mmg teramat sgt pnting. Kalau pun hubby tamaw help kite mase kite prepare time pregnant, kite blh guide dia right before masuk labor room, on how to support us. Tamaw la role hubby hanya sebagai pemerhati bebas. Uhuhu.
Preparation semasa pregnant:

* Listen to birth affirmation and Rainbow Relaxation everyday before I go to bed. Indirectly, body kite akan di preparekan utk gentle birth.

*Practice surge breathing sekerap yg mungkin. Kalau nk mudah, practice mase bangun tido n1 lpas bgn tdo.  Cara surge breathing: Tarik nafas dalam2 se lama yg mungkin. Tarik nafas ye, bukan tahan nafas. Ada beza tu. Boleh practice tarik nafas dgn kiraan 5 saat, pastu naikkan ke 10 saat, pastu kalau dh ok naikkan lagi kiraan smpai 20 or 30 saat.  Part ni mmg sgt2 pnting. Surge yg sy experience, memule interval 5 min, blh tahan lg tarik nafas pendek2, tp kena surge selang 1 minit, mmg kena tarik nafas lamaaaaa sangat, kalau tak, mmg tak tahan

*Buat perineal massage.
·          Boleh guna perineal gel. Tp kalau malas nk cari perineal gel, blh guna olive oil je. Sapu & buat sikit urutan bentuk ‘U’ kat vagina – tmpat yg baby akn keluar ye. Oh ttg perineal massage ni ekceli mak bidan kampung pn tahu. Don’t worry its not new thing ekceli & mmg sesuai utk org melayu cam kite. Mak bidan yg sy maksudkn is my nenek sedara who has been jururawat gov for 20 yrs, and sambut ramai baby di kg w/o complications.
·          At first mmg akn rase sakit sikit bhgian tu sbb kite br first time. Utk hilangkan sakit tu, tarik nafas dlm2- utk allow bhgian tu terbuka sendiri tanpa perlu di paksa, then cuba fikir perkara indah2 je. Takyah pk pn psl massage tu. Then hubby tlg massagekan. Lama cket, massage tu akan rasa ok je.
·         Part ni sgt penting so that vaginal muscle blh relax and x shock mase acara seluk utk cek bukaan cervix by nurses  & doctors, and masa baby nk kluar pun xrasa sakit.
·         And kalau kita tak push, insya- Allah vagina x koyak w/pn first time mother.
Semasa dlm delivery mode

* Makan byk2 slagi boleh. Ia memberi tenaga.

* Keep hydrated; minum air ms selang surge. Penting utk kasi baby sng kluar & juga pemberi tenaga

* Hubby (w/pn nmpk cm role kecil, tp impact sgt besar!):
·         Make sure keadaan sekitar adalah senyap – which includes nobody in the room except hubby and me.
·         Sediakan persekitaran selesa; cm saye, saye tak suka aircond, so kami tutup lah aircond. Nurse and doctor rasa panas, tp dah mmg sy suke panas2…
·         Tolong ingat kan kite kalau mase surge kene tarik nafas dalam2, kalau dia tolong kita kira nafas pun lagi bagus. Huhu.  Dok sblah offer tangan kena press – itu support yg sgt kuat 😀
·         Tolong kita minum air – sebab kan sy tak amek drip air garam, hubby tolong sy minum air guna straw ms rehat dr surge.
·         Cekkan selang masa,and motivate
·         Tolong instruct how to breath out the baby
·         Or if you choose to push, hubby tolong instruct how to push

Seboleh mungkin, elaklah dr di induce untuk yg delivering first child. Akak jiran kat shah alam nasihat; kite tak tahu kite ni jenis yg cervix cpt buka or lambat buka. Lain org lain jenisnye ye. Kalau kena yg jenis lambat buka, habis kena tunggu nearly 24 hours in agony.  Takut2 silap2 kena c-sec selepas all the pain.
Apa2 pun, kalau mampu, do attend the course at http://www.hypnobirthing.com.my. Huhu. Blajar dgn cikgu lbh meresap ilmu nya 🙂 Dan mmg berbaloi- baloi! Alhamdulillah 🙂

Advertisements

About Firdaus Azizi

Android Die Hard Fan. Gadget Lover. Facebook Marketer. Blogger. Father. Husband. View all posts by Firdaus Azizi

One response to “The Birth Story of Muhammad via Hypnobirth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: